Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Cemburu?

pagi yang damai
teh panas kuhirup setelah roti bersama telur dan sosej kuhabiskan
terima kasih makcik DM
terima kasih kerana bangun di awal pagi utk menyediakan makanan kami

------------------------------
A : awal kau pagi ini? tak check asramakah?
aku: tidak.bukan tugasku hari ini.aku perlu jadi MC hari ini
A: oh ya, hari Isnin.
aku: ada apa yg boleh aku bantu
A: er.....
------------------------------
B: kau tolong beritahu cikgu.......................................boleh?
aku: okay
bla,bla,bla.............
B: okay, terima kasih.jumpa lagi minggu hadapan.assalamualaikum
aku: w'salam.insya-Allah

---------------------------
A: eh, tadi aku nampak kau dengan B.borak apa je?mesra nampak...
aku: buat weekly report je
A: ya je..kalau buat weekly report takkanlah mesra sebegitu?
aku: aku terhidu aura cemburulah
A: mana ada.untuk apa
aku: kau tak perlu cemburu ya, aku dan B hanya kawan dan rakan sejawat.tidak lebih dari itu
A: aku tak cemburulah!!

------------------------------
aku: kenapa murung?
B: tiada apa.cuma rimas
aku: rimas?
B: kenapa setiap kali perjumpaan,A asyik beri pandangan membunuh kepada kita?
aku: mungkin dia cemburu
B: untuk apa?
aku: dia suka kau
B: tapi aku tak suka dia.aku suka org lain
aku: suka hati kau.tapi tolong layan dia sebagaimana kau layan kawan2 lain
B: susah
aku: tolong.sekurangnya beri peluang utk dia berasa senang sedikit
B: hurm..

------------------------------
A: sampai hati kau
aku: kenapa? apa yg sudah aku lakukan?
A: kau tahu aku suka dia.kenapa kau masih rapat dengan dia?
aku: maaf, aku cuma menjalankan tugas
A: tugas apa?kau,dia dan aku bukankah punya tugas sama?
aku: kau lupa.portfolio kau dan kami berbeza.

------------------------------
wahai sahabat
malumu berharga
kerana sesungguhnya
malu itu sebahagian daripada iman

------------------------------
wahai sahabat
janganlah dikau risau
andai itu takdirnya
andai benar jodoh kau dengan dia
insya-Allah dia tetap menjadi hak kau
suatu hari nanti

p/s: 
org kata perempuan rumit
lelaki juga rumit
bila dilayan dengan baik dianggapnya kita sukakan dia
bila tidak dilayan dikatanya kita sombong

2 comments:

einz said...

wah...harapnya sy masih ag sowg yg pemalu....walaupun.....hakikatnye.....

Ibtisam Najmi said...

ngeng3!! insya-Allah,,,mudah2an...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...