letih.penat.lesu
kem yg telah aku ikuti sememangnya menyeronokkan
walau sedikit penat terasa di penghujungnya
perjalanan pulang selama hampir 12jam membuatkan aku lebih penat
------------------------------
kawan1: eh, senarai nama biro asrama dah diumumkan!
aku: oh ya..tahniah kepada yg terpilih
kawan2: tahniah untuk kau juga
aku: eh,aku yg kurang berdisiplin ini pun terpilih jugakah?
kawan1: ya, kau sebagai _ _ _
aku: oh.berat.
kawan2: kami tahu kau boleh lakukannya,sebab itu kami pilih kau
aku: insya-Allah akan aku lakukan dengan baik.doakan
------------------------------
pengumuman telahpun dibuat
cuma watikah pelantikan belum diberi
aku akan menjalankan tugas yg telah digalas
bersama teman sepoerjuanganku yg lain
------------------------------
aku: kenapa sejak kita pulang dari kem kau seperti menjauhkan diri daripada aku?
dia: tak adalah.cuma terlalu banyak tugasan yg belum siap
aku: tapi kenapa mesti bermasam muka setiap kali terjumpa aku?
dia: mana mungkin.stress agaknya.kau terkena tempiasnya
aku: maaf.aku terpilih utk jawatan yg kau idam selama ini
dia: apa kau mengarut?
aku: aku tahu, sedari dulu kau memang inginkannya
dia: kawan2 serta adik2 lebih percayakan kau
aku: maaf sekali lagi.semoga apa yg kau hajati seterusnya akan tercapai
------------------------------
pagi yg dingin
aku menyiapkan mental dan fizikalku
utk berhadapan dengan peperiksaan bagi mata pelajaran _ _ _ _ _
dan seorang kawan memanggilku
------------------------------
aku: ada apa yg boleh aku bantu?
kawan3: ya.esok,bersiap sedia memberi kata dua sebelum pilihan raya
aku: kata dua?pilihan raya?
kawan3: ya.kau salah seorang calon _ _ _
aku: kau bergurau bukan?
kawan3: tidak.bersiap sedialah.
aku: kita tengok sahajalah nanti ya
------------------------------
aku: maaf sekali lagi.aku tidak tahu apa2 mengenainya
dia: tak perlu minta maaf
aku: rasa bersalah.sebab apa yg kau impikan seakan dirampas aku
dia: lebih baik kau diam.jangan ungkit lagi
sepi
tiada lagi sebarang kata daripada dia
mungkin menahan rasa?
------------------------------
kulihat dia bertafakur sendirian
tidak mahu mengganggunya
terus ke sudut ampaian untuk meletakkan telekung dan permaidani indahku
tetapi
dia: aku minta maaf
aku: untuk apa?
dia: seharusnya aku bergembira utk kau.tahniah.atas keduanya
aku: terima kasih.
dia: cuma aku tak faham.
aku: tentang apa?
dia: kenapa setiap benda, setiap perkara yg aku inginkan mesti jatuh pada kau, sahabat baik aku sendiri?
aku: maaf.terasa seolah aku telah menikam belakang sahabatku.
dia: maaf.cuma aku rasa kerdil
aku: mungkin kau terlalu berharap
dia: mungkin
------------------------------
kepada sahabat
maaf andai segala impianmu musnah keranaku
mungkin Allah berbicara
kau belum bersedia ketika itu
kepada sahabat
jadilah seorang pemimpin
bukan kerana pangkat
tetapi kerana Allah
p/s:
pelik dengan ragam kebanyakan orang kita
tidak boleh lihat orang lain memiliki lebih dariapada apa yg dia ada
bukankah seharusnya mendoakan lagi kejayaan orang itu?
2 comments:
owh........msti ada hikmahnye....najmi mmg lucky kot....huhu
paen..mungkin. :)
tapi ini hanyalah karya picisan sebagai pedoman dan peringatan buat rakan2...
Post a Comment