Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

UPSR + PMR!!

okay, aku ditugaskan untuk mengajar cousin aku yang nak ambil UPSR dan PMR tahun ni
komen aku?
entahlah..mereka sangat beruntung agaknya
tapi kalau aku, mungkin aku rimas
desakan yang terlalu melampau boleh buat aku memberontak
ya, aku keras kepala
aku lihat ibu mereka bersungguh-sungguh memastikan anak-anaknya belajar
berbeza dengan aku waktu dahulu
ibu aku tidak berapa ambil kisah
ya, dia ibu aku
pasti sahaja dia tahu aku ni orangnya bagaimana kan?
aku tak suka dipaksa
nanti jadi tak ikhlas
bila tak ikhlas, bagaimana ilmu mahu melekat di minda kan?
sehingga kini, ibu tidak pernah kisah kalau aku tidak membaca buku di hadapannya
katanya, dia tahu anak dia baca buku bila ada masa terluang
ya, aku ni manusia yang 'ikut mood'
so, aku suka,aku baca
aku tak suka, aku bermalasanlah
ok, kau tahu bila waktu paling aku teruja untuk membaca?
pagi-pagi buta, tatkala orang ramai sedang tidur
waktu tu sunyi
sama konsep dengan Qiamullail
after solat sunat tu, bacalah buku
itu masa terbaik bagi aku
ok, done

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...