Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©
Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Cameron Highlands 2012

Assalaamu'alaikum dan selamat sejahtera.
24 Nov-26 Nov 2012. aku dan sahabat ke Cameron Highlands, Pahang. bukanlah trip saja2, tapi untuk ini lawatan sambil belajar. okay, sangat skema. hahah. destinasi pertama, kami ke Brinchang. pergi sana untuk buat lukisan secara langsung [baca: live sketches] dan semestinya kami tidak melepaskan peluang untuk berjimba.. [berjimba tu ayat yang kami selalu gunakan untuk mengatakan berseronok sakan..he] kemudian, kami ke Tanah Rata, ke destinasi penginapan kami. Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata. okay, seram kot..hahah :) hari berikutnya, kami pergi meredah hutan [jungle trekking]. memang seronok..tapi, kitorang sesat!!!! hahah. kami redah punya redah, sampai ke Cameron Valley okay..nasib baik selamat. Alhamdulillah. :) 

as soon as we arrived, Brinchang. :)

mentari tengahari, dan itulah kenderaan kami..

few of my classmates, before the jungle trekking. :)

sometimes, we're a lil bit crazy. :)

briefing. before the jungle trekking

on our way to the trek.

finally, in the jungle. 

1st path. it was still as easy as ABC

the signage of the 2nd path we've gone through. 


sebenarnya mereka ni dah tak tahan nak ...............



the view from the uphill

tak boleh duduk lama2 kat sini sebenarnya sebab dekat dgn substation

lalang lagi tinggi :)

ni dah sampai puncak Gunung Jaras


ragam sebelum meneruskan perjalanan

ada yg baca peta, tapi fahamkah? he :)

sesudah sesat. kami jadi leading team dan penunjuk arah bagi org belakang :)

walau dah sesat, tetap kena chill :)

rasai kenyamanan ladang teh. :)

rehat sebentar

ini dia sahabat2 dalam kumpulan aku masa sesat.. 

the next day.


masa kat cameron valley tak sempat larat nak ambil gambar, sini pun jadilah~

and the sky also feels sad as we're going to leave Cameron. :(
walaupun penat meredah hutan dari jam 9pg-4ptg..tapi aku rasa 'trip' kali ni sangat seronok. di sini hubungan kami jadi lebih akrab. di sini juga kami menjalin satu ukhuwah yg lebih hebat. insyaa-Allah. :)

#may the bond among RIOTers became stronger :)
#may the friendship among RIOTers lasts forever :)

Mentally Crushed!

Assalaamu'alaikum dan selamat sejahtera :)
he, sekarang aku masih di semester 4 dan sudah hampir menyelesaikan minggu2 kuliah. tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk sampai kepada minggu belajar [baca: study week]. dan itu juga bermakna aku perlu siapkan segala 'design' untuk semester ni dalam masa seminggu yang akan dtg sebab minggu terakhir tu merupakan minggu pameran hasil kerja aku dan kawan sepanjang semester ini berlangsung..tapi, tadi 'design' aku dah kena tembak oleh pensyarah2..maka dengan itu, banyak pengubahsuaian perlu dilakukan...haish. tak apalah..nak belajar, kan? he... :)

okay, aside from that, I want to share some pictures of my first project for this semester..I made a shop for mushroom lovers. or more specifically, Smurf's fan. hee. but these are not the finalized model cause so much things to add on..senang cerita, masa gambar ni diambil, model ni tak siap lagi.. :)

look at how miserable my workplace is.



entrance

book shelves. where I put my Smurf's comics. 


tengok itu pintu. pintu ke tandas.

plan view. the counter.
he, apa-apalah!! sekarang otak sedang mereng. design oh design....ilham, datanglah..idea, bercambahlah...

KEGAGALAN


kegagalan.
suatu perkataan yang seringkali aku geruni.
aku takukan kegagalan, menjadi punca untuk aku tidak memulakan sesuatu pekerjaan.
maka hasilnya, setaralah dengan apa yang telah aku usahakan!
alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk lulus dengan warna berterbangan [baca: flying colours] semester ini.
mudah-mudahan, semester akan datang, aku dapat lakukan yang lebih baik lagi..
insya-Allah

well,
 
 

hidup ini palat. tapi esok masih ada

dalam hidup, banyak liku yang perlu kita hadapi, tidak kira usia. tua, muda, sama sahaja. perhubungan antara manusia juga, banyak likunya. hari ini kita baik-baik sahaja dengan mereka, entah esok, entah lusa, kita bertengkar pula. maka dalam bersahabat, kita perlu belajar erti 'penerimaan menyeluruh'. mungkin kita tidak sekufu atau sependapat dengan sesetengah daripada mereka, mungkin akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan, tapi, bila kita menerima sahabat kita dengan baik, insya-Allah, segala perkara negatif yang akan merosakkan sesuatu pehubungan persahabatan dapat dihindari.

aku bergaduh. ya, kami bergaduh. tapi kami bukanlah bergaduh yang membawa kebencian. pergaduhan kami itu adalah yang membawa kepada kerinduan. itulah yang dinamakan SAHABAT. ini antara sahabat-sahabat aku.











the three girls only.
kami memang gila. kasihan pada jiran-jiran bersebelahan rumah kami kerana acapkali kami pulang ke rumah, kami bising. dan acapkali juga, saat mata bertentang mata, kami seringkali bertelingkah, bertikam lidah, menjerit sakan. kalau orang luar dengar, mungkin mereka akan fikir kami ini serius bergaduh. tapi di antara kami, itu cara kami mengeratkan lagi hubungan kami.

well, love you, girls!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...