Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Segmen Single VS Couple | Ashraf Jalil


ok, saya single. 
tiada teman lelaki istimewa
tiada tunang
tiada suami

single-erti kata aku tidak terikat dgn sebarang hubungan pertunangan ataupun perkahwinan
couple-bagi aku pula, hubungan suami isteri.noktah
eh,pertunangan bukan kategori couple ke?
bagi aku, hanya 1 ikatan sah [akad] melayakkan 2 insan bergelar couple
pertunangan pula hanyalah jambatan
dan ikut hukum, seorang perempuan yg sedang dalam pertunangan tidak boleh dilamar, mahupun menjalinkan hubungan cinta dgn lelaki lain

APA BESTNYA SINGLE NI?
aku-seorang yg single, tidak pernah menjalin hubungan cinta dgn mana2 lelaki
bagi aku, kalau aku berikan cinta kepada lelaki yg belum pasti jadi suami aku, terasa seolah-olah aku telah mencemarkan hak bakal suami aku nanti [eventhough aku pun tak pasti siapakah gerangannya]
org kata, cinta pertama sukar dilupakan.aku tak nak jadi isteri nusyuz [derhaka] dgn mengingati lelaki lain sedang aku telahpun bersuami ketika itu [andai suami aku bukanlah cinta pertama aku]
dan bila menghubungkan hati dgn lelaki ajnabi,pasti byk rahsia kita akan dikongsi bersama mereka bukan?
jadi, di mana keistimewaan 'couple' aku nanti?
dan yg paling best, boleh elak banyak dosa
maksiat mata-sebagai Muslim/Muslimah, kita perlu jaga pandangan ya..
maksiat kaki-pergi dating, tanpa sebarang hijab,yg bermakna dating berdua sahaja tanpa membawa bersama mahramnya
maksiat tangan-pegang tangan bukan mahram yg belum menjadi hak diri
dan orang selalu lupa
maksiat hati-mesej segala bagai,pastu saling merindu.lebih rindukan yg bukan mahram daripada merindui Allah

tapi aku manusia lemah
terkadang ada rasa nak juga bercouple
maksud aku, ingin bercouple mengikut erti kata org lain
perasaan itu kita memang tak boleh lawan kerana ianya fitrah
tapi tak bermakna perlu dilayan
aku hanya mampu berdoa agar dipertemukan jodoh seawal mungkin
agar aku dapat melebarkan perasaan cinta kepada yg sepatutnya
wink2:)

 APA YANG TAK BESTNYA KALAU SINGLE?
setiap perkara pun mesti ada pros and cons
okay, ini pandangan aku
bila aku ada suami-sudah bercouplelah ya, 
maknanya adalah orang yg akan menjaga aku
yg akan mengambilalih tugas ibu bapa aku
maka berkuranglah bebanan yg selama ini bapa aku pikul
kadang2, aku rasa kesunyian juga
kalau tak percaya, tanya sahabat2 baik aku
jadi, kalau sudah ada suami..adalah org yg menjadi pembelah kesunyian tu
dan kami boleh mendalami Islam dgn lebih lagi bersama-sama :)
sebab itulah aku berdoa agar dipertemukan jodoh lebih awal

1 lagi perkongsian
seorang wanita itu akn mudah mendapat keberkatan Allah dengan
  1.  Berkahwin awal-pada usia mudalah ya
  2. Maharnya [mas kahwin]  rendah
  3. Mendapat zuriat awal
  4. Zuriatnya ramai
siapa tak nak keberkatan kan?


p/s:
kalau ingin suami sebaik Saidina Ali
jadilah seperti Saidatina Fatimah dahulu

8 comments:

NurDini~Cahaya Agamaku said...

Rabbana hablanaa min adzwajina wadzuriyatiinaa qurratan a'yunin waj'alna lilmuttaqii na imaamaa :)

einz said...

sokong najmi!!!!heeeeeee....

[sutera kasih] said...

menarik...antara respon yg baik setakat apa yg saya baca :)

hargai dan bersyukur sbb awk belum terjerumus lg dgn ikatan kapel yg x sah tu..tahniah sbb awk dpt kawal nafsu nk kapel tu..kagum dgn awk dear :)

Ibtisam Najmi said...

puteri : amin,syukran 'alaik lidu'aaik

einz: terima kasih :)

sutera kasih: terima kasih.insya-Allah akan terus berpegang pada tali Allah.cuma mampu berdoa agar mampu terus berdiri dan ditetapkan iman.semoga kamu juga mendapat ketetapan iman

TeAqArH said...

semoga dipertemu jodoh yg baek
singgah dr segmen incik ashraf

Ibtisam Najmi said...

teaqarh: mudah-mudahan,insya-Allah.semoga kamu juga mendapat jodoh yang baik :)

Cahaya Inspirasi said...

u still young dear! just enjoy ur life...hidup x semestinya hanya kerana cinta sahaja..

akk doakan moga awak akan ketemu someone yg benar2 menghargai kamu, jodoh terbaik utk kamu! AMIN.

roro roseid said...

~terbaikkkkkkkkk!!! smoga kmu berjumpa dgn jodoh yg terbaik utk kmu...aminnnnnn~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...