Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Kepala=Kaki Tahu?

la lala lala [pakai jubah]
la lala lala [pakai tudung]
lalalalala[pakai.......]

Q: Eh,kak? Nak pergi DM sahaja  pun...
Aku: Memanglah.Apa masalahnya?
Q: Siap berstoking bagai.
Aku: Kenapa? Tak bolehkah?
Q: Buat penat akak sahaja nanti.DM tu lantainya kotorlah.Nanti kotorlah stoking kakak tu.
Aku: Pilih.Kotor atau dosa?
Q: Maksud kakak?
Aku: Kotornya stoking, boleh basuh dik oi.Dosa dedahkan aurat macam mana pula? DM kita tu campur.Kalau tidak bercampur dengan pelajar sekalipun, ada pekerja lelaki bukan?

------------------------------

C: Eh, kenapa I tengok you tak pernah tak pakai stoking meyh?
Aku: Aiya, pasal I nak tutup kaki I lorh..
C: Apa pasal? Kaki you tak cantik eh?
Aku: Maybe.Haha.C, kaki tu termasuk dalam aurat I lah, as a Muslim girl
C: Then, kenapa mereka [sambil menuding jari kepada beberapa perempuan Muslim yg aku sendiri tidak kenali ] pakai tudung tapi tak pakai stoking?
Aku: Erm..mereka mungkin kurang faham konsep menutup aurat.

------------------------------

Aku: Maaf ya cik adik,mengganggu~
P: Tak mengapa.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Aku: Cantik adik bertudung.
P: Hehe,terima kasih
Aku: Tetapi lagi cantik andai adik tutup kaki adik juga.
P: Eh kak, suka hati sayalah nak tutup ke tidak.
Aku: Kakak bukan apa, cuma rasa bertanggungjawab untuk membetulkan apa yg salah.
P: Apa salah saya? Saya sudahpun bertudung.Maka?
Aku: Adik bertudung tetapi adik masih lagi dedahkan aurat adik.Aurat kita keseluruhan tubuh kita kecuali muka dan telapak tangan,dik.Maknanya, kaki yang adik dedahkan itu juga aurat.Kalau adik tutup kepala, tetapi tak ditutup kakinya, berdosa juga.Begitulah sebaliknya

------------------------------

L: Kau nasihatkan semua akhowat berstoking setiap kali ke kelas persediaan,boleh?
Aku: Sudah aku nasihatkan.Mereka masih berdegil
L: Bukan apa, cuma terasa ia menjadi hijab untuk kita capai kejayaan cemerlang.Itu sahaja
Aku: Faham.
L: Dan kami, para ikhwan tidak mahu lagi menanggung dosa.Maksiat mata setiap kali terpandang.Tambahan ia boleh menaikkan syahwat kami,tahu?

------------------------------

wahai sahabat
alangkah manisnya kamu bertudung litup
akan tetapi
kemanisan itu tiada gunanya jika auratmu masih lagi didedahkan
ingat!!
aurat kita di hadapan lelaki bukan mahram itu
keseluruhan tubuh badan kecuali
hanya muka dan tapak tangan
bukannya muka, telapak tangan dan kaki


p/s: jangan kerana kita dilahirkan sebagai Muslim, kita jadi bongkak dan riak dgn ilmu agama di dada.terapkan pemikiran diri seorang mualaf, yg sentiasa mencari sinar keISLAMan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...