sebentar tadi aku melihat senarai hari lahir sahabat di muka buku --> facebook
dan salah seorangnya...
seorang adik a.k.a junior semasa di sekolah
juga merupakan rakan sejawat..
hari ini tarikh kelahiran beliau
yang ke-20, sewajarnya..
tapi hari ini dia sudah tiada
lama sudah dia meninggalkan kami
tapi aku takkan lupakan dia
Anas Kamil Bin Ahmad..
orangnya baik pekerti
sopan santun, ringan tulang
selama mengenalinya, aku senang dengan perilakunya
insya-Allah, tergolong dalam kalangan orang2 yg soleh..
Al-Faatihah utk Allahyarham Anas Kamil Bin Ahmad..
p/s : aku rasa aku dah boleh deactive fb..atau wasiatkan kepada waris aku utk deactivate akaun fb bila aku sudah meninggal dunia nanti..
1 comment:
~,~
Post a Comment