Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Maut berdengkur

OSA perlukan rawatan kerana ia masalah serius dan sangat berbeza dengan masalah dengkuran biasa

BERDENGKUR mungkin tanda keletihan, tetapi apabila dengkuran itu mengganggu lena teman tidur, ia sebenarnya satu seksaan.

Berdengkur adalah normal. Malah, dalam kajian Synovate Omnibus Jun lalu, 62 peratus mereka sudah berkahwin tidur berdengkur. Daripada jumlah itu, 63 peratus adalah Melayu, membabitkan 66 peratus lelaki.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang, Dr K Gopalan Nair, berkata dengkuran terjadi apabila udara tidak boleh bebas keluar masuk melalui hidung dan mulut ketika tidur.

Katanya, apabila tidur, otot di belakang mulut seperti lelangit, lidah dan tekak berehat. Bagaimanapun, jika terlalu rehat, ia akan mengecil atau menyekat aliran udara.

“Apabila anda menarik nafas, lelangit dan anak tekak akan bergetar dan menghentak sesama sendiri sekali gus menghasilkan bunyi dengkuran,” katanya.

Tonsil dan adenoids - tisu yang mengembang di belakang kerongkong juga akan bergetar dan semakin sempit laluan udara, semakin banyak tisu bergetar sekali gus menyebabkan dengkuran semakin kuat.

“Dengkur adalah normal dan ia lebih banyak dikesan pada lelaki berbanding perempuan. Berdengkur ada kalanya disebabkan badan terlalu letih atau gemuk. Ada kalanya ia boleh ditangani dengan mengubah cara hidup seperti menurunkan berat badan atau berhenti merokok,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga kes berdengkur sebenarnya adalah simptom obstacle sleep apnea (OSA). OSA adalah masalah dengkuran yang sangat serius dan boleh membawa maut. OSA berbeza dengan dengkuran biasa kerana seseorang itu akan berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih dalam tidurnya.

Aliran pernafasan yang normal pada waktu tidur adalah 70 hingga 100 peratus tetapi jika apnea berlaku, anda akan berhenti bernafas atau hanya bernafas 25 peratus saja daripada kadar biasa.

Dr Nair berkata, OSA memerlukan rawatan kerana ia masalah serius dan sangat berbeza dengan masalah dengkuran biasa.

Punca berdengkur.

A) Faktor fizikal

# Rahang yang rendah

# Hidung tersumbat

# Tonsil bengkak atau anak tekak yang besar

# Berusia

# Putus haid



B) Faktor gaya hidup

# Obes

# Mengambil alkohol

# Pengambilan sesetengah jenis ubat

# Merokok

# Alahan bermusim seperti selesema dan hidung gatal.



Rawatan berdengkur

# Jika anda gemuk, mulakan dengan menurukan berat badan.

# Berhenti merokok dan mengambil minuman keras.

# Ubah posisi tidur. Jika anda tidur telentang, lidah akan mudah jatuh ke belakang tekak dan menyekat aliran udara. Jika anda tidur mengiring kemungkinan berdengkur agak berkurangan.

# Gunakan bantal yang tebal untuk meningkatkan aliran udara

# Jika anda berhadapan dengan masalah alahan, kenal pasti pencetus alahan.

# Semburan hidung bagi mengatasi hidung yang tersumbat.

# Terapi gantian hormon bagi mereka yang putus haid

# Pembedahan jika ia bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi dan dicadangkan oleh doktor.

# Terbaru di pasaran, pelekat mengelak dengkuran, hidung tersumbat dan memudahkan aliran pernafasan yang dibangunkan oleh Glaco SmithKline (GSK). Dikenali sebagai ‘Breathe Right” ia membantu anda bernafas dengan lebih baik dan tidak berdengkur. Begitupun, ia bukan tidak boleh menyembuhkan masalah dengkuran sepenuhnya dan tidak boleh digunakan oleh pesakit OSA. Ia hanya mengelak anda berdengkur untuk tempoh 12 jam.

# Breathe Right sudah ada di pasaran dan ia mungkin penyelesaian terbaik untuk anda yang berdengkur kerana keletihan atau anda yang berdengkur kerana hidung tersumbat atau selesema.

karaoke?

terlintas untuk menaip mengenai topik ini tatkala teringat hari bersejarah Isnin lalu
selepas membeli belah di Tesco Manjung semata-mata nak beli toiletries?
haha.
selepas itu kami ke Lumut, karaoke!!
murah okay
actually, bila bab karaoke ni, aku memanglah suka
tapi aku akan jadi malu secara automatik bila ada orang berlainan gender di dalam bilik yang sama
sebab suara itu aurat
tihee..
jadi,aku lebih prefer berdiam diri, tidak menyanyi atau lip-sync sahaja
but sometimes, aku terikut menyanyi juga
heheheh
aku pernah tonton video Maria Elena about karaoke

 
ihsan youtube :)
seriously, aku sangat setuju dgn dia
sebab pernah merasailah perkara-perkara yg dia perkatakan tu
so, all readers, look up how you karaoke with your friends
jangan sampai menimbulkan kemarahan kawan-kawan anda ya..

pantun :)

dah berapa lama aku tidak berpantun ya?
masih ada kebolehan berpantunkah aku?
heheh
serius rindu gila zaman jadi pemantun sekolah tu
rindu dengan team pantun
especially shera and asyraf
shera, my classmate,my teammate,my roommate
mestila rindu gila kan?
asyraf, aku suka cara dia boasting depan shera
dan buat shera sakit hati
serius lawak
katanya, dia tak mungkin cakap besar depan aku
sebab aku sifu dia
eventhough dia lebih hebat berpantun sementelah itu
biasalah lelaki kalau hati jiwang ni kan...
mestilah cepat jadi hebat
my other team member was nabila
dia junior but still boleh kamceng dengan kami
dah nama pun satu team kan?
and of course I would like to grattitude my special thanks to my seniors
Kak Ummu Afiqah, Kak Syazwani, Kak Hafizah and Abg Hanafi
merekalah yg sering mengajar aku berpantun 
sebaik tamat PMR, mereka asah bakat pantun kami
walau ketika itu mereka sibuk mempersiapkan diri utk menghadapi SPM
dan kepada Puan Aini yg tak jemu-jemu mendidik kami
dan menaikkan semangat kami utk terus berusaha dlm bidang berpantun
dia bukan sahaja ajar kami berpantun, malah pelbagai jenis puisi
great kan?
hasilnya, kami masing-masing mampu membuat pantun dalam rangka masa 1 minit
serta menulis puisi
love you Puan Aini
hajat di hati nak memperkasakan Bahasa Melayu
tetapi dah terbiasa la pula guna bahasa rojak
hey, aku ingin cuba 
okay?


shopping??

eh, aku bukan shopaholic sebenarnya
ceh!!konon~
actually, I just want to tell you about my shopping habit
kih3..tu pun kalau sahabat nak bacalah kan?
aku ada kawan yang kaki shopping
nama dia Wati
serius cakap, dia memang suka gila shopping
dan aku memang suka gila teman dia shopping
dia suka beli baju
aku, random~
apa aku suka aku beli
hari tu kami pergi Tesco Manjung
kredit untuk shabat kami, Syafiq@Capek yg sudi membawa kami ke sana
heheh
kredit juga kpd Wani yg membuka pintu hati Capek utk bawa kami shopping
(fyi, this scandal is so big!!hahah)
sebenarnya kami nak pergi bandar U, tapi terlajak pula ke Manjung
niat di hati nak beli kasut utk ke kelas
well, my friend, Wati cari dia punya kasut je almost 2 hours..
so duduk menunggu sahaja aku beli 2 pasang kasut!!
okay, aku jenis yang aku suka aku beli
bagi aku, nak pilih tu tak perlu lama 
tapi itulah kan,,,bila dah duduk lama, aku pun tak tahu nak buat apa, jadi akhirnya aku yg beli banyak brg....
cis!
so, pada anda semua yg nak belanja saya, jgn duduk lama2 dekat shopping complex tu ya..
hehehe
nanti jadi banyak pula expensesnya

kenapa anda menceburi bidang senibina?

ini adalah soalan yg sering ditanya oleh pensyarah aku
almost every week, I think,they'll ask
at least once in a semester

selalu kedengaran jawapan seperti ini:
*dulu masa kecil ayah saya beri main lego.sebab tu mungkin saya minat nak jadi arkitek
*saya suka bidang sains dan seni.arkitek adalah gabungan sains dan seni, sebab tu saya nak jadi arkitek
*sebab dari kecil, saya suka conteng dinding, maka terbukti saya ada bakat semulajadi.heheh

aku tiada jawapan yang gempak untuk itu
sebab secara jujur, cita-cita aku nak jadi doktor/jurutera
tiba-tiba boleh tercampak ke bidang senibina
pelik kan?
jujur lagi, aku pernah dpt tawaran utk melanjutkan pelajaran dlm kedua-dua bidang yg aku minati
perubatan dan kejuruteraan
tapi aku percaya dgn janji Allah
mungkin inilah yg terbaik buat aku
kerana setelah tawaran demi tawaran aku terima
Allah bukakan pintu hati ibu dan ayah utk membenarkan aku menceburi bidang ini
ya, ibu dan ayah tidak menggalakkan aku menceburi bidang perubatan mahupun kejuruteraan
namun, setelah diberitahu mengenai tawaran yg satu ini
ibu bapaku membenarkan aku mengikutinya
dan setelah istikharah berkali-kali
Allah tetapkan hati aku utk mengikuti pengajian senibina
maka aku yakin, Allah telah merencanakan yg terbaik buat aku dlm bidang ini

anda, apa sebab anda mengikuti bidang yg anda ceburi sekarang ni? 
fikir-fikirkanlah dan semoga mendapat keberkatan Ilahi, insya-Allah

new semester has begun!!

last fine Sunday morning, I went back to the campus from Alor Setar, Kedah
I was really excited
new semester means that I'll learn new things
and I'll also develop new skills in architecture
yeay!!

the first class supposed to be on Monday
an English class
however, the lecturer was in meeting

I have design classes on the next day
it is called Design 1
the class started at 8 a.m till 5 p.m
at first, we were really shocked when looking at the schedule and the design class will be held the whole day long
but after we've gone through it
its fine
we've divided into groups and we've given the first assignment!!
we were told to do a sculpture by nature
any man-made things were totally prohibited
we did it within 2 hours
and we presented it to the other class members
every group was doing really great including mine.heheh~

on Wednesday, I had Construction Technology class
we've been combined with upper part, I mean my seniors
as we are running through new syllabus, our subjects are the same as the upper part
then we had Ancient Civilisation and Western Architecture
or can also be called as history..heheh
this subject is really3 interesting!!
I've to search for the ancient architecture and read it before the next class as we're supposed to present it well in the class
then, we had Ecology and Sustainability
what is that?
for me, its quite fascinating
moreover, we're asked to do blog for this subject!!
wait for the moment okay..
I'll publish the blog as soon as possible with my other group members :)

just now, we had the Design 1 class again
yeah!!
the first group presented their topic quite well
and the presentation went through 3 hours!!
though its only about colours, there were so many unexpected questions that made us realised something
thank you for the lecturers who made us open our eyes and hearts
and made us wear the 'architect glasses'

by the way, we are going to Papan next Tuesday
its our first academic trip for this semester
can't wait for the moment!!

counting days..

another few days being home
this weekend I'm gonna go back to Seri Iskandar
I'll meet my best buddies
and also my course mates
tak sabarnya!!
and I've got the result for the hostel
I'm no longer Pasir Salakian
apa punya ayat dah~
but now I'm Indera Mulian
kah3, pelik2 je bunyinya
my roommates are my course mates a.k.a my studio mates
what a relief~
yeay!!
lepas ni tak perlu risau nak balik tengah malam celik lagi

amalkan membacanya&mengamalkannya

Time anda membawa Al-Quran, syaitan boleh chill lagi.
Time anda membukanya, syaitan start to "weh dia ni da apahal doh".
Time anda membacanya, syaitan dah gigil .
Time anda memahaminya, syaitan cramp whole body .
Time anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan seharian kita , syaitan sure stroke 
Teruskn baca & amalkannya supaya syaitan totally stroked , jantungnya mati
... When u guys wanna send this message , syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata"Jgn SEBARKAN, tak penting, BUANG MASA je"
So tunggu apa lagi ? Jom sebarkan

Warna kegemaran wanita dan rahsianya..

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...