Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

kenapa anda menceburi bidang senibina?

ini adalah soalan yg sering ditanya oleh pensyarah aku
almost every week, I think,they'll ask
at least once in a semester

selalu kedengaran jawapan seperti ini:
*dulu masa kecil ayah saya beri main lego.sebab tu mungkin saya minat nak jadi arkitek
*saya suka bidang sains dan seni.arkitek adalah gabungan sains dan seni, sebab tu saya nak jadi arkitek
*sebab dari kecil, saya suka conteng dinding, maka terbukti saya ada bakat semulajadi.heheh

aku tiada jawapan yang gempak untuk itu
sebab secara jujur, cita-cita aku nak jadi doktor/jurutera
tiba-tiba boleh tercampak ke bidang senibina
pelik kan?
jujur lagi, aku pernah dpt tawaran utk melanjutkan pelajaran dlm kedua-dua bidang yg aku minati
perubatan dan kejuruteraan
tapi aku percaya dgn janji Allah
mungkin inilah yg terbaik buat aku
kerana setelah tawaran demi tawaran aku terima
Allah bukakan pintu hati ibu dan ayah utk membenarkan aku menceburi bidang ini
ya, ibu dan ayah tidak menggalakkan aku menceburi bidang perubatan mahupun kejuruteraan
namun, setelah diberitahu mengenai tawaran yg satu ini
ibu bapaku membenarkan aku mengikutinya
dan setelah istikharah berkali-kali
Allah tetapkan hati aku utk mengikuti pengajian senibina
maka aku yakin, Allah telah merencanakan yg terbaik buat aku dlm bidang ini

anda, apa sebab anda mengikuti bidang yg anda ceburi sekarang ni? 
fikir-fikirkanlah dan semoga mendapat keberkatan Ilahi, insya-Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...