Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Allahyarham Kak Fatimah Mina Yang Saya Kenal

semalam, saya menerima panggilan daripada sahabat baik saya, Roshe
saya dikejutkan dengan khabar berita yang mengejutkan
salah seorang senior saya semasa di sekolah dahulu, Kak Fatimah Mina telah kembali ke rahmatullah..
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..
daripadaNya kita datang, dan kepadaNyalah kita kembali.
kak fatimah meninngal akibat terjatuh daripada bangunan E-Learning, UPSI.
tingkat 4/5.yg pasti, bangunan tu ada 5 tingkat.
cedera parah, meninggal di tempat kejadian.
maaf, tolong jangan buat spekulasi merepek di sini.
kes ini masih lagi dalam siasatan.
semoga Allahyarhamah tenang di alam yg berbeza kini.

kak fatimah yang saya kenal..
seorang yang murah dengan senyuman.
masih terbayang di tubir mata akan senyumnya yang manis.
selalunya saya akan terserempak dgn Allahyarham di musolla/surau al-muhajirin/dewan makan.
kalau di surau itu, seringkali saya duduk di sebelahnya.
dan seringkali juga saya akan ikut jejak langkahnya yg memanfaatkan waktu di surau/musolla itu dengan bacaan ayat suci Al-Quran mahupun Al-Ma'thurat..
dia memberikan teladan yang baik buat saya.
dan acapkali selepas bacaan tersebut, acapkali usai solat berjemaah, beliau dgn manis  melemparkan senyumannya itu.
ah......miss that smile :))

kak fatimah yang saya kenal...
seorang yang sangat penyabar.
walau sesibuk manapun beliau sedang mengulangkaji, dia dengan sabar akan melayan soalan demi soalan yang saya lontarkan.
dan, masih dengan senyumnya.

kak fatimah yang saya kenal...
seorang yang sangat baik.
pernah suatu ketika, dialah yang menjaga saya saat saya terlantar di bilik sakit.
heavy migrain.
walau ketika itu dia pun dalam keadaan yg kurang sihat, tapi dia masih lagi menjaga saya, seperti adiknya sendiri.
dan, langsung tiada satu keluhan pun kedengaran.
malah, masih tersenyum.

Allahyarhamah Kak Fatimah Mina Binti Md Juferi..
semoga kak fatimah tenang di sana, dan semoga kak fatimah ditempatkan dalam kalangan orang2 mukmin..

Al-Fatihah~


1 comment:

Hazri Zakaria said...

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun.. semoga roh ditempatkan dalam golongan orang2 beriman.

salam kenal ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...