Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

Ummu Sulaim Binti Milhan

kawan2 semua kenal siapa itu Ummu Sulaim Binti Milhan?
aku kenal.
kenal namanya, kenal peribadinya
cuma tak pernah bersua muka dengannya
ada antara kawan yang pernah bersua muka dengannya?
kau tipu
Ummu Sulaim Binti Milhan ini adalah salah satu idola aku
kenapa aku berkata sedemikian sedangkan aku tak pernah bersua muka dengannya?
Ummu Sulaim Binti Milhan, seorang Ansariah yang mempunyai mahar yang paling indah
beliau mempunyai seorang suami
Malik Bin An-Nadhar namanya
oleh kerana suaminya berang kerana Ummu Sulaim ini berpegang pada ajaran Islam
serta turut mengajak Anas,anaknya berpegang pada Islam
Malik memarahi dan menengking isterinya itu lalu meneruskan perjalanan ke Syam
tapi, malang tak berbau
Malik telah dibunuh di pertengahan jalan
maka dengan kekuhan iman dan kekuatan hati
Ummu Sulaim membesarkan anaknya,Anas sehingga menjadi seorang sahabat terkemuka
beliau mendidik Anas dengan sebaik-baik didikan
Alhamdulillah
kemudian, datanglah si Abu Talhah
yang di dalam hatinya ada taman~
membawa hajat untuk menikahi Ummu Sulaim
Abu Talhah Al-Ansyari masa mengemukakan lamaran tu masih lagi seorang musyrik
beliau sememangnya orang berpengaruh dalam kalangan masyarakat
kali kedua Abu Talhah ni datang membawa hajat yang sama
Ummu Sulaim menjawab dengan penuh berhemah

Wahai Abu Talhah, lelaki seperti engkau tidak layak untuk ditolak. Tetapi engkau seorang kafir, sementara aku wanita Muslimah dan tidak mungkin bagiku untuk menikahi engkau

Apa yang perlu kulakukan untuk tujuan itu? tanya Abu Talhah.

Hendaklah engkau menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam Jawab Ummu Sulaim

so, Abu Talhah pun beranjaklah berjumpa Rasulullah
Ketika melihat kehadiran Abu Talhah, baginda Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, 
Abu Talhah mendatangi kalian, dan tanda-tanda keislaman tampak di antara kedua matanya

Abu Talhah memberitahu Rasulullah apa yang dikatakan Ummu Sulaim
Akhirnya, Abu Talhah memeluk Islam di hadapan baginda dan para sahabat
Beliau juga bersetuju menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keIslamannya
Ummu Sulaim berkata kepada anaknya, 
Wahai Anas, bangkitlah dan nikahkanlah Abu Talhah

see? hebat kan Ummu Sulaim ni?
aku sendiri kagum dengannya
orang zaman sekarang macam mana?
sibuk nak hantaran berpuluh ribu sakan
bersederhanalah..
kalau benar lelaki itu mampu, tak mengapa
tapi kalau tak berapa nak mampu, bagaimana?
takkanlah nak nikah dengan cara berhutang sana sini kan..

aku nak cerita pasal Ummu Sulaim lagi kepada kawan2
sebab banyak betul peribadinya yang wajar kita contohi
di lain hari ya, insya-Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...