rasanya, aku nak mulakan dengan kenangan aku semasa darjah enam
sebab masa itulah, pertama kali aku berpuasa Ramadhan di asrama
aku terpilih untuk menghadiri sesi pemilihan pelajar peringkat ke-2 ke Kolej Yayasan Saad (KYS), Melaka
sesi pemilihan diadakan selama seminggu di sekolah tersebut
yang dipanggil untuk peringkat pertama 2000 orang
dan untuk ke peringkat ke-2 ni cuma 200 orang dipilih
dan sekolah ini sememangnya menjadi idaman aku sejak darjah empat lagi
pertama kali puasa di tempat orang
memang rasa janggal
tapi disebabkan aku jumpa ramai kawan yang best
aku jadi seronok
dan aku paling ingat, semasa hari ke-4
tugasan kami adalah sukan
hoki dan bola jaring
memang tersangatlah exhausted sebab dehydrated gila-gila
malam tu masa terawih
memang ramailah yang berhenti setakat rakaat ke-8
lepas terawih kami ada IQ Test
berkat aku tak berhenti setakat rakaat ke-8 mungkin
aku dapat highest score untuk test tersebut
[menurut guru yang menemuduga aku pada hari ke-6]
alhamdulillah
seterusnya melayakkan aku menjadi antara 60 orang yang terpilih ke kolej tersebut
tetapi mommy dan daddy ingin aku menyambung pelajaran di sekolah tercinta
SMKA Maahad Muar
maka aku turutkan walau dengan hati yang agak berat
tak kenal maka tak cinta
aku ikut pepatah ni
tak kenal maka tak cinta
aku ikut pepatah ni
ini bangunan akademik aku masa tingkatan 2 |
ok,skip kepada tingkatan 3
kami satu batch tidak ke kelas persediaan
kerana kami sedang menjalani Penilaian Menengah Rendah (PMR)
tamat sahaja PMR, kami masih lagi berfoya-foya di sekolah
[ayat cari maut ni]
memandangkan sebelum PMR kami tidak langsung menyentuh mee segera
maka moreh kami setelah tamat PMR setiap malam adalah mee segera pelbagai jenama, perisa dan jenis
ngee~
balas dendam!
kami moreh berjemaah
eh, bukan mee segera sahaja tahu!
ada juga kuih muih yang diberi oleh guru2 setiap hari selepas terawih
hehehe
tingkatan empat
kami Pengawas Muda (PM) perlu meng'organize' majlis akhir tahun pengawas
aku handle bahagian hiasan sebenarnya
tapi disebabkan aku seorang yang baik hati lagi bijaksana
[oh, rasa nak bagi penampar sedas kan?]
aku tolonglah 2 org sahabat aku yg bertugas di bahagian hadiah
kami keluar bandar membeli hadiah
dan waktu pulang tu singgahlah sebentar di bazar ramadhan berdekatan pusat membeli belah tersebut
waktu nak pulang ke sekolah......
jeng,jeng,jeng
kami jalan kaki!
kalau dalam keadaan berlenggang, tanpa membawa barangan yg boleh tahan berat tu
kami perlu berjalan selama satu jam
kami berjalan daripada tapak bazar berkenaan pada jam 5.30 petang
bayangkan berapa lama masa yang kami ambil untuk ke sekolah pada hari itu?
hampir nak berbuka jugalah semasa kami sampai
dah tu malam tersebut sibuklah masing-masing membodohkan diri sendiri
sebab berlambak sebenarnya teksi lalu lalang berhampiran bazar tu
hahaha
tingkatan 5
masa ni, sekolah dalam sesi renovation besar-besaran
dewan makan (DM) asrama putera telahpun dirobohkan
maka kami pelajar putera dan puteri terpaksalah berkongsi DM yang sama
disebabkan ketiadaan ruang yang mencukupi
maka kami carilah port terbaik untuk berbuka
di mana?
di bilik sakit..
aku dan kawan-kawan lepak di bilik tersebutlah setiap hari
muahaha~
dan masa tingkatan 5 ni jugalah, aku rajin fly pergi bazar ramadhan dengan kawan-kawan aku
tihee~
p/s:
kalau ada guru/warden yang membaca, sila maafkan muridmu ini ya kerana selalu fly.ngee~
5 comments:
that's the best moment during ramadhan for me.....sweet memory... huhu....really miss u all damn much!!!! :D
bes puasa kat hostel ni
roro : the best moment for me too.btw, 28 h/b ni, insya-Allah kita dpt kembalikan kenangan itu lagi ya,,
teaqarh: yup, thats so true!! :)
28hb????i don't think so la syggggg....tk sure lg dpt pi ka tk... huhu...
ouh.k
Post a Comment