Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

don't judge a book by its cover

hari tu aku pergi membeli-belah dengan sepupu di sekitar KL
sedang kami membelek beg tangan untuk disesuaikan dengan busana raya kami
maka terlihatlah seorang manusia [salesperson] memandang kami dengan muka pelik
ok, kami memang nampak simple and broke 
(kami hanya berbaju-T, berseluar slack,bertudung dan pakai crocs je,purse masuk dalam poket seluar)
nampak macam tak mampu utk membeli beg tangan tu
sebab harga dia memang agak mahallah juga.
tapi, salahkah kami melihat beg tangan itu?
'kau' bekerja sebagai jurujual, buat kerja 'kau' elok-elok
jangan pandang rendah pada org yg mungkin nampak pokai macam kami ni
disebabkan pandangan sinis orang tu, kami jadi geram
maka kami tinggalkan kedai tersebut
kami pun gerak pergi ke kedai lain
disebabkan jurujualnya sangat peramah dan sangat membantu
kami sama-sama menyambar satu beg tangan daripada kedai tersebut
beg tangan tu cantik sangat!!
jenama apa, biarlah rahsia
kami saja-sajalah jalan depan salesperson tadi tu
dengan muka kerek kami jalan depan dia dengan penuh bangga
haha.kejam kan?
aku lihat muka jurujual yg sombong tadi tu berubah air mukanya
mungkin menyesal
kehilangan 2 orang potential customer macam kami ni
heheh

 pernah tak terjadi perkara di atas ni terhadap kalian?
ok, aku pernah beberapa kali
nak beli kasut, baju dan banyak lagi
bukan setakat cara melihat
kadang-kadang.....

aku: saya nak tengok yang ni
jurujual: tapi yang ni lagi mahal
aku: tak apa, saya yg bayar, bukan awak
jurujual: muka pelik, senyum sinis
aku: kenapa kalau mahal?kau ingat aku tak boleh beli ke?
(dan aku terus blah dari tempat tu)

anda mungkin fikir saya berprasangka buruk terhadap jurujual tersebut
tapi kalau anda laluinya, anda akan tahu apa perasaannya

dan pernah satu kali tu
ayah aku pergi ke sebuah kedai kereta
masa tu ayah aku bawa motor kapcai
pakai baju pagoda dengan seluar lusuh dia
selipar biasa je
jurujual tu langsung taknak layan ayah aku!!
memang tak patut kan?
for sure, jurujual tu baru bekerja di kedai tu
sebab ayah aku regular customer kedai tu
so, memang teruk kena marahlah dengan empunya kedai
yg membuatkan dia bertambah terkedu bila ayah aku bayar down payment kereta RMxxxk secara tunai

kepada yg bekerja sbg jurujual di luar sana
especially yg menjaga barangan2 berjenama dan berharga mahal
tolonglah jangan nak buat muka kerek anda di hadapan pelanggan
org yg nampak simple kadang-kadang ada duit yg lebih banyak daripada org yg hebat bergaya
serius cakap, aku cukup menyampah dengan jurujual yg menilai pelanggan dengan cara pemakaian pelanggan tersebut
 takkanlah aku nak shopping lepak santai dengan cousin kena pakai baju D&G, Kitchen, Elle, Esprit, etc~
kena pakai kasut santa barbara, snowfly, joy&peace, hush puppies,nyc etc~
kena bawa beg tangan prada, valentino creation,saachs etc~
aku pergi shopping pun naik pengangkutan awam je pun, tak perlu nak vogue sangat kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...