sejak akhir-akhir ini aku selalu merasakan masalah hati semakin menular
seriously, aku memang rindukan dia
siapakah dia?
tunggu dan lihat.kalau ada rezeki, insya-Allah
adakah aku sudah meletakkan rasa sayang kepadanya?
mungkin.
tetapi aku gusar kerana takut sejarah berulang kembali
bila dirungkai sejarah lama
aku tidak meletakkan sebarang harapan terhadap si dia yang telah menjadi sejarah
tetapi si dia yang hadir ini sedikit berbeza
mungkin si dia yang menjadi sejarah adalah seorang yang aku tidak kenali
berbeza dengan si dia yang telah hadir lama dalam hidupku, cuma baru memunculkan dirinya dalam kehidupanku
aku cuba membuang segala perkara yang mungkin membawa kesakitan kepadaku
dan aku masih berusaha
aku tidak akan memberikan CINTA kepada dia
maaf kamu, saya tidak mampu memberikan cinta kepada kamu sebagaimana kamu beri kepadaku sekian lama
jika kamu benar2 yang haq, maka akan aku berikan
insya-Allah
mampukah aku bertahan?
mampukah dia bertahan?
mampukah kami bertahan?
semoga kesetiaan mampu menjadi benteng dari segala kemungkinan yang tidak kuingini
insya-Allah
p/s : doakan semoga dia ini adalah yang sebenar buatku.