Followers

Welcome to My Blog

© You are not allowed to copy the photos of myself and friends without my permission.Do enjoy your readings and give your credit if you copied my writings.Thank you ©

sinar yg hilang

bilamana hati hilang mentarinya
dunia yang terang dilihat kelam
bilamana minda dijajah dusta, dijajah nista
akal yang waras menghilang pertimbangannya
bilamana jiwa tidak dijaga
manakan kita hidup bahagia
hidup ini sementara cuma
hari ini kita terleka
belum pasti ada esok buat kita
Yaa Rabbul 'Azeem
sungguh kami hambaMu yang kerdil
sungguh kami alpa dan leka
sungguh kami an-nisyan
sungguh kami yang pelupa
ampuni kami, kasihani kami
lindungi kami di bawah lembayung rahmatMu.

LISTEN

Assalaamu'alaikum and good morning :)
mungkin sudah terlambat, tetapi hari ni aku nak kupas isu Listen yg berlaku di UUM..antara Cik  Bawani dan Pn. Sharifah..okay ini adalah cuma pendapat aku sahaja, maaf kalau ianya tidak bertepatan dengan pendapat anda..

Dari perspektif aku, masing2 ada kesilapannya. Pertamanya, aku puji kelantangan Bawani mengenai isu pendidikan percuma, which is for me, she had done really well..prepared with all the researches and so..all the points, yes, tidak boleh disangkal lagi...tapi, kita lihat cara Puan Sharifah tangani Bawani. At first, memang salah dia kerana menghentikan persoalan2 Bawani, tapi aku rasa, kalau kita berada di tempat Puan Sharifah, belum tentu kita boleh tahan begitu lama dengan asakan Bawani, dengan intonasi suara yg mungkin dinaikkan 4-5 oktaf berbanding biasa, dan bila kita lihat, Pn Sharifah ada minta dia utk mendengar bukan 1 percubaan, tetapi 2,,,, percubaan pertama, Cik Bawani teruskan persoalan dan Pn Sharifah beralah, tapi kali kedua, dia masih memberontak utk terus berkata2 sedangkan Pn Sharifah minta peluang utk perjelaskan persoalan2 pertama yg diajukan.dan itu mungkin menjadi pendorong Pn Sharifah pula untuk berlaku tidak sopan terhadap Cik Bawani. and blah, blah blah...pasal masalah2 haiwan tu, seriously aku fikir, terlalu banyak contoh diberi membuatkan aku rasa "urmh, bosan~"...Pn Sharifah memang keterlaluan memalukan Bawani sedemikian rupa, tapi Bawani juga aku lihat bersikap biadab..lihat bagaimana dia begitu persistent utk berkata2, tanpa memberi ruang utk org beri penjelasan utk persoalan pertama, dan bagaimana cara dia keluar dari dewan. bagi aku, itu tidak relevan. sekali lagi, itu cumalah pendapat aku...

dan sebenarnya, aku setuju dengan kata2 Pn Sharifah, respect others. she respected Bawani, but Bawani being a bit under controlled on her manners..so, how do we expect her to treat Bawani.? and how will Bawani respect Pn Sharifah after the incident? hidup ni mudah je. kalau kita nak orang hormatkan kita, kita kenalah hormat org tu dulu..peace :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...